Tab 1 content goes here

Tab 2 content goes here

Tab 3 content goes here
Multi-Tabbed Widget | Webaholic

Monday, 28 October 2013

Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota



SMK Danau Kota telah dibangunkan pada tahun 1999 di kawasan seluas 7 ekar yang terletak di Lot 21570 Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur bersama SK Danau Kota2 oleh Syarikat Danau Kota. SMK Danau Kota dijangka siap pada tahun 2003. Sehubungan dengan itu, pendaftaran murid kumpulan pertama yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua bermula Disember 2002. SMK Danau Kota pada masa itu diletakkan di bawah pentadbiran "Care Taker" Puan Noraliza Binti Abidin.


Pada tahun pertama SMK Danau Kota dibuka, terdapat seramai 15 orang guru dan staf sokongan seramai 5 orang. Pelajar Tingkatan Satu seramai 150 manakala pelajar Tingkatan Dua seramai 10 orang.


Pada peringkat permulaan operasi, SMK Danau Kota menumpang di premis SMK Setapak Indah yang terletak di Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur. Hanya terdapat 6 buah kelas yang digunakan iaitu satu kelas untuk Tingkatan Satu manakala 5 buah kelas untuk Tingkatan Dua. SMK Danau Kota juga telah dibenarkan untuk menggunakan duah buah makmal sains, satu bilik guru dan pejabat.


Pada 1 April 2003, SMK Danau Kota telah menerima seorang pengetua iaitu Puan Mahani binti Mohammad. Puan Mahani bersama-sama Pengerusi PIBG SMK Danau kota yang terletak di Lot 21570 Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur. SMK Danau Kota tersenarai antara projek sekolah yang bermasalah.
Akhirnya, pada 3 Januari 2005 SMK Danau Kotan telah dibenarkan beroperasi tiga blok utama. Namun begitu, premis tetap ini masih tidak mempunyai kemudahan yang lengkap dan premis sekolah belum memiliki sijil layak meduduki.
 
SMK Danau Kota mempunyai 36 buah bilik darjah dan dilengkaoi dengan prasarana  yang lain seperti makmal sains,bilik teknologi maklumat,bilik lukisan kejuruteraan ,bilik pendidikan seni visual. dan makmal bahasa. Malangnya  sehingga tahun 2006 kebanyakan kemudahan ini masih lagi belum boleh digunakan kerana pembinaanya terbengkalai.

Semasa mula beroperasi di oremis baru pada bulam Januari 2005,hanya 14 buah bilik darjah,pejabat,bilik guru.bilik kaunseling,bilik  Skim Pinjaman Buku Teks, Pusat Sumber Sekolah  dan bilik media boleh digunakan.  Pada tahun 2005,murid-murid SMK Danau Kota  telah mencecah 464 orang,iaitu 3 kelas tingkatan tiga,5 kelas Tingkatan Dua, 5 kelas Tingkatan Satu, sebuah kelas peralihan dan 3 kelas Pendidikan Khas,manakala gurunya berjumlah 32 orang serta dibantu oleh 8 orang staf sokongan.
 
Sehingga kini,walaupun selayang pandang terselah keindahan SMK Danau Kota, namun masih terdapat banyak lagi kekurangan kemudahan asas yang diperlukan oleh murid-muridnya,walaupun terletak di Bandaraya Kuala Lumpurnya.